Genovese Syndrome
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
Apakah bahayanya sindrom ini dalam masyarakat kita?
Belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
Rata-rata umat kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan kepada pensyarah tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai, jika begini, usahlah berkata mahu tolong saudara-saudara di Palestin, sebab semuanya itu hanyalah hasrat murni di dalam hati, takkan terjadi.
Buangkan sifat "tak apa, orang lain kan ada..."
Mahukah kita terus menjadi umat yang mundur, sering direndah-rendahkan oleh umat lain?
Puncanya? Tanya diri sendiri.
amacam?ada pcaya tak.....skurg2 aku xmau fkr ngtf kat org tue dah...
klu pun aku xdapat tegur dia, aku doakan dia sedar gak ksilapan dia...
aku hanya mampu doakan yg terbaik tuk dia jak....
-p/s : jangan suka ngutuk dan melabel seseorang disebabkan perangai xsenonoh diorang.....
0 comments:
Post a Comment