salam...
umur sdh 22 tahun, n 6 bln lagi genap 23 tahun...
muda dlm pjuangan ilmu..tlalu byk ilmu y belum di cantas...
d cerna n d serap....
klu difikir, kita tidak akan sedar bila malaikat maut akan bkunjung...
dlm senda tawa....riang ria ...n semasa mmikirkan DIA...
skrg ni, kesibukan ingin ber'internship' pd bln Mei nie...menyiapkan proposal...sibuk mngemas barang2 n perlu d angkut ke tempat baharu....
dan yg paling bahagia.....
ramai kawan2 aku akan menempuh alam perkahwinan....
sgt2 best kn...dapat kad jemputan dri classmate...
ada dua org kawn aku yg nak mnamatkan zaman bujang diorg tahun ni...
insyaAllah, tiada aral melintang..jemputan akan dipenuhi...
ingat sblm ni, bbual ngn kawan sekepala a.k.a bestprend... motmot
dgn tawa ria...sbb smpai sekarang calon pn tiada...hihihi
dlm tawa n suka kami tu, kami tahu...jodoh itu Dia yang lebih tahu...
bukan keperluan buat masa ini...cuma keadaan mbuatkan kami rasa...kami keterbelakang...
dlm ms sma....masih tidak percaya , kami sdh dewasa...
kalau pn ada orang dtg mcari jodoh...msti dia akan tlepas pndg mlihat kami...
melihat dari perangai, sikap, penampilan...(actly aku)..apatah lagi ilmu ....
masih kebudak-budakan...
itulah kami...kami bleh jadi mature...insyaAllah...masa akan berlalu n akan mematangkan kami.... =p
sblm ini...mahu bkongsi sedikit perancangan mengenai bakal anak..insyaAllah penerus ummah...tpi, blum ada kesempatan utk melakarnya dlm blog....insyAllah...nti akan myusul...
belek2, selak sana sini dlm muka buku...jumpa lah fanpage ust Azhar Idrus...mgenai tips2 perkahwinan...
insyaAllah...pasti ada manfaat nya utk sapa2 yang belum lagi bertemu jodoh....
TIP PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
rasa best dan bahagia jak rasa mbaca tip2 ni....
jom....perjuangan masih panjang...
harap manfat untk semua....
:: slps bc nie..yg nk dtg mminang...sila lah postpon 5 tahun lagi....sy masih byk tanggungan n t/jawab... kalau ada lah... =p ::
0 comments:
Post a Comment