Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Get This.

Monday, June 20, 2011

merpati part 3 ~~~

memang cerita Linda itu sebijik dgn cerita novel dan cerita drama kat tv...ala2 cerita Nora Elena, cerita Cintaku ku Buang di tong sampah ( bukan tajuk sbnr...x igt dah tajuk cerita tu)...ala2 cinta terhalang la gamaknya...

Tiena tak sangka, ada juga spesis macam ni wujud....
kalau di bandingkan dengan kehidupannya di kampung, ramai budak2 umur 16 tahun, dah kahwin itupun disebabkan jumpa ngn balak ntah mana mereka jumpa , kalau tidak konduktor bas, pekerja kilang....mungkin sdh jodoh mereka...tapi bukan mengaibkan orang kampung sendiri ...tapi itu la hakikat.... bila hati sudah tidak ada minat untuk belajar, kebanyakkan dara2 sunti di kampungnya akan menghabiskan zaman bujang masing dgn cara kawin yg berbeza2....

itulah sbb Tiena teruja dengan cerita kawannya itu......
terbukti kan, rambut sama hita...jodoh lain2...
lain yg kita suka, tpi dengan org lain kita kahwin...

perkataan kahwin itulah membuatkan Tiena fobia+takut....
semalam mak Tiena telefon...
sibuk menyuruh Tiena cari pasangan cepat2.....
'buang perangai betul mak aku nie..'detik hati Tiena sambil2 borak ngn mak...

Muka Tiena nak merah padam dah dibuatkan oleh mak nya itu...Apa tidaknya...mak beriya2 sangat jodohkan dia ngn bekas kawan sekelasnya dulu....

'itu semua cerita lama mak ' Teina cuba meyakinkan mak nya supaya jangan berangan2 untuk bermenantukan Kamal...

Mungkin dulu Kamal suka padanya...tapi sekarang...hanya Allah sahaja yang tahu....
'dulu, orang nak, kau jual mahal kan'...Mak Tiena ni kalau bab kahwin, cepat je responnya sekarang...
Mungkin dia sedar anaknya itu sudah menjangkau umur 30 tahun,....sebab yang kukuh mak Tiena aasyik mendesaknya untuk kahwin....

'Tak apa lah mak...kalau ada jodoh, adalah....malas nk memikirkan pasal jodoh sekarang ni...kerja banyak. Kalau tak pun, sapa2 yg datang meminang...elok agamanya....mak terima je...acik terima je..'. ada luka berdarah semula..

0 comments:

Post a Comment